Dakwah Islamic

[close/tutup]


Skin By APIS. Basecode By WANA.

. Pesanan Imam Al-Ghazali .



Imam Ghazali = "Apa yang paling besar di dunia ini ?"
Murid 1 = "Gunung"
Murid 2 = "Matahari"
Murid 3 = "Bumi"

Imam Ghazali = "Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf : 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI"Apa yang paling berat di dunia ?"
Murid 1 = "Baja"
Murid 2 = "Besi"
Murid 3 = "Gajah"

Imam Ghazali = "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah s.w.t meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah s.w.t sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = "Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = "Kapas"
Murid 2 = "Angin"
Murid 3 = "Debu"
Murid 4 = "Daun-daun"

Imam Ghazali = "Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat."

Imam Ghazali = "Apa yang paling tajam sekali di dunia ini ?"
Murid-murid dengan serentak menjawab = "Pedang"
 

Imam Ghazali = "Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri."

. Wasiat Nabi Muhammad s.a.w .




Wasiat Rasulullah s.a.w kepada Abu Dzar Al-Ghifari. Dari Abu Dzar r.a, ia berkata :
“Kekasihku Rasulullah s.a.w berwasiat kepadaku dengan 7 hal iaitu :

1) Supaya aku mencintai orang-orang miskin dan dekat dengan mereka.
2) Baginda s.a.w memerintahkan aku agar aku melihat kepada orang yang berada di bawahku dan tidak melihat kepada orang yang berada di atasku.
3) Baginda s.a.w memerintahkan agar aku menyambung silaturrahimku meskipun mereka berlaku kasar kepadaku.
4) Aku dianjurkan agar memperbanyak ucapan :
" لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم"
(Maksudnya : Tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah s.w.t)
5) Aku untuk mengatakan kebenaran meskipun pahit.
6) Baginda s.a.w berwasiat agar aku tidak takut celaan orang yang mencela dalam berdakwah kepada Allah.
7) Baginda s.a.w melarang aku agar tidak meminta-minta sesuatu pun kepada manusia melainkan hanya daripada Allah s.w.t.

Moga bermanfaat ilmu yang dikongsikan hari ni. In sha Allah.
Assalamualaikum :)

Older Post


Dashboard | Follow