Dakwah Islamic

[close/tutup]


Skin By APIS. Basecode By WANA.

. Surah Al-Kahfi atau Surah Yassin .


Rasulullah s.a.w sering membaca Surah Al-Kahfi hari Jumaat. Oleh itu, Surah Al-Kahfi ini merupakan sunnah Nabi dan kita digalakkan mengamalkannya. Surah Al-Kahfi memang panjang. Sesetengah orang akan membaca setengah muka surat pada malam Jumaat dan menyambungnya bacaan surah ini sehingga selesai pada hari Jumaat.

 "Barangsiapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya di antara dua kali Jumaat." 
[Hadis Riwayat Hakim di dalam Mustadrak]

Daripada Muaz Ibni Anas, berkata Rasulullah s.a.w :
"Sesiapa membaca dari Surah Al-Kahfi maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga ke kakinya. Dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi."
[Hadis Riwayat Ahmad]

Pada realitinya, masyarakat Melayu akan membaca Surah Yassin pada malam Jumaat. Dan ini merupakan adat orang Melayu. Perbuatan ini memang boleh dan tidak dilarang. Hadith yang berkaitan dengan bacaan Surah Yassin pada malam Jumaat ini merupakan hadith daif. Berdasarkan penerangan Ustaz Azhar Idrus, sesiapa yang membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, hukumnya dapat pahala. Sama la, kalau kita baca Surah Yassin bila-bila pun, kita akan dapat pahala. Tetapi, untuk pengetahuan anda, bacaan surah Yassin ini tidak ditetapkan pada malam Jumaat. Surah Yassin boleh dibaca pada bila-bila masa. Yang afdhal dibaca malam Jumaat ialah Surah Al-Kahfi kerana hadithnya sahih.

Sebagai seorang muslim, kita perlulah mencontohi Rasulullah s.a.w. Jadi marilah kita amalkan bacaan Surah Al-Kahfi pada malam Jumaat/hari Jumaat. Semoga ilmu hari ini difahami. In sha Allah. Assalamualaikum.


Older Post | Newer Post


Dashboard | Follow