Dakwah Islamic

[close/tutup]


Skin By APIS. Basecode By WANA.

. Indahnya Menjadi Wanita Solehah .



Ya Allah, kepadaMu aku bergantung hidup. Segala-galanya milikMu Ilahi. Betapa indahnya Kau ciptakan seorang wanita. Betapa cantiknya. Subhanallah. 

"Indahnya dilahirkan sebagai wanita. Dikurniakan kekuatan yang luar biasa. Diberikan nikmat untuk membawa satu nyawa bersama. Dikurniakan rahim untuk melahirkan keturunan. Dan dikurniakan hati yang lembut & halus untuk menyayangi."
*Copy/paste : H.A.T.I


Menjadi wanita adalah satu anugerah yang paling indah. Bersyukurlah kita yang bergelar wanita kerana seindah perhiasan adalah wanita solehah. Ciptaan wanita adalah istimewa daripada Allah. Aurat terjaga, akhlak yang baik memberikan seorang wanita itu lebih dihargai. Jagalah maruah duhai wanita. Sekali maruah terjejas, sekali itu jugalah kamu akan dianggap seperti sampah masyarakat. 

Jadikan agamamu sebagai tunjang yang memperkasakan akidahmu. Biar kesabaranmu menjadi benteng perjuanganmu dan lebarkan imanmu dengan sejuta lapis sifat mahmudah
Jadilah kita wanita paling bahagia.
 [c/p : iluvislam]

Amalan yang perlu menjadi amalan setiap wanita : Share from Love Love Islam

 1. Mendirikan solat/sembahyang

 Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan ke atasnya solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Solat fardhu dengan rajin dan lakukannya juga solat sunat sebagai menampung kekurangan yang terdapat pada solat wajib itu tadi.

 2. Menjaga solatnya

Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu. Selain khusyuk, menunaikan solat juga dituntut beristiqamah  iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya. Ini bermaksud solat itu mesti di awal waktu dan tidak melengah-lengahkannya.

 3. Beryukur dan redha

Manusia ini biasa mempunyai tabiat yang buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluh dan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Tetapi apabila senang dan kaya sedikit mereka cepat lupa diri. Sebaiknya kita bersyukur dan redha dengan setiap pemberian Allah. Janji Allah dalam Al-Quran, "apabila kamu bersyukur, aku akan tambahkan nikmat kepadamu tetapi sekiranya kamu kufur, ingatlah azabku amat pedih."

 4. Selalu bersedekah

Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu-membantu sesama saudara seagama. Sehinggakan malaikat berdoa agar orang yang rajin memberi sedekah itu Allah akan gantikan dengan ganjaran yang berlipat ganda.

5. Menjaga maruah diri

Untuk menjadi wanita solehah hendaklah wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dengan betul. Memelihara diri dan kehormatan serta menjauhi perlakuan yang boleh mendorongnya melakukan kemaksiatan dan perbuatan keji.

 6. Takut murka Allah

Wanita solehah sentiasa patuh kepada ajaran Allah dan menjauhi semua laranganNya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu Maha melihat semua perbuatan hambaNya. Malu melakuakan kejahatan dan kemaksiatan kerana takut akan azab dan pembalasan dari Allah di akhirat kelak.

 7. Menjaga amanah

Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu, seorang pekerja dan seorang tetangga. Amanah kepada Allah seperti di dalam Surah Al-Fatihah "kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan."

8. Pandai membaca Al-Quran

Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dengan istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri, mestilah juga tahu mengaji Al-Quran dan suka/sering menjadikan Al-Quran itu sebagai sahabatnya kerana rumah yang tidak diperdengarkan alunan bacaan Al-Quran ibarat seperti sebuah kubur. 

Inilah serba sedikit yang dapat saya kongsikan. Semoga ini membantu anda menjadi wanita solehah.
 In sha Allah. Usaha la untuk mengejar cinta Ilahi. Wallahualam.

Assalamualaikum =)

Older Post | Newer Post


Dashboard | Follow