Dakwah Islamic

[close/tutup]


Skin By APIS. Basecode By WANA.

. Senyum Itu Sedekah .


Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud :
"Tiap-tiap perkara yang makruf menjadi sedekah. Antara perkara yang makruf itu ialah hendaklah engkau (semasa) bertemu dengan saudaramu (sesama anak Adam) biarlah muka yang manis dan (kalau ada yang meminta air) hendaklah engkau tuangkan timbamu ke dalam bekas air yang dibawanya."
[Hadis Riwayat Ahmad]

Semua orang tahu bahawa senyum merupakan sedekah kan ? Jadi apa salahnya kita bersedekah dengan senyuman. Janganlah jual mahal sangat nak bagi senyuman kat orang. Betul tak ? Kadang-kadang kita senyum tapi orang tak balas senyum yang kita bagi. Takpa, asalkan kita sudah bersedekah dengan ikhlas. Nak tahu tak ? Senyuman Nabi Muhammad s.a.w banyak menjayakan misi dakwahnya. Anda mesti teringin nak mencontohi Rasulullah kan ? Siapa yang tak mahu mencontohi sifat terpuji Nabi Muhammad s.a.w tu kan. Saya nak pesan sikit la, senyum tu senyum jugaklah. Tapi, senyum tu biarlah bertempat. Jangan sampai senyum dekat orang yang tak dekenali pulak dan jangan senyum dekat orang yang kita anggap dia ni jahat. Kenali orang itu terlebih dahulu. Masing-masing boleh fikir yang mana buruk, yang mana baik kan. Berhati-hati ya :)

Dah namanya senyum itu sedekah kan, saya nak kongsikan kepada anda tentang keistimewaan utama yang kita dapat apabila kita bersedekah. Nak tahu tak ? Okay, antara keistimewaan apabila kita bersedekah adalah dapat menolak bala iaitu dikenali juga sebagai musibah. Subhanallah. 

Dari Abu Dzar r.a, dari Nabi Muhammad s.a.w sabdanya :
"Setiap orang mempunyai sumber sedekah. Tiap-tiap tasbih, tahmid, tahlil dan takbir adalah sedekah. Amar makruf adalah sedekah, nahi mungkar adalah sedekah. Dan semuanya itu sama nilainya dengan dua rakaat Solat Sunat Dhuha."
[Riwayat Muslim]


"Kamu senyum kepada saudara kamu adalah sedekah."
[Riwayat Bukhari]


Akhir kata, ringankanlah mulut tu untuk mengukir senyum. Tanamkan senyuman itu sebagai amalan dan sikap kita. In sha Allah, dapat pahala sedekah, amal soleh dan dapat mengeratkan silaturrahim sesama saudara seislam dan kaum seagama yang lain. Jadilah seorang yang pemurah dengan senyuman. Wallahualam.

| Newer Post


Dashboard | Follow