Dakwah Islamic

[close/tutup]


Skin By APIS. Basecode By WANA.

. Waktu yang HARAM solat sunat .


Tak dapat dinafikan, solat sunat memang digalakkan. Seperti yang diketahui solat sunat merupakan sunnah nabi. Jadi kita perlu amalkan agar kita dapat mencontohi Rasulullah s.a.w. Tapi kita perlu tahu waktu bila kita boleh melakukan solat sunat. Hari ni saya nak kongsikan ilmu yang saya dapat tentang waktu yang HARAM kita melakukan solat sunat. 

5 Waktu yang diharamkan untuk kita melakukan solat sunat :

1. Selepas daripada solat fardhu Subuh sehingga terbitnya matahari.

2. Mulai dari terbit matahari sehingga tinggi matahari itu kadar segalah pada pandangan mata
(kira-kira 16 minit setelah terbit matahari terbit)

3. Ketika matahari berada di tengah-tengah langit sehingga gelincir tengah-tengah langit kecuali hari Jumaat.

4. Selepas daripada solat fardhu Asar sehingga terbenam matahari.

5. Ketika langit petang kelihatan kekuning-kuningan (ketika matahari hampir terbenam) hingga Maghrib. 

Kalau anda kurang memahami apa yang ilmu saya kongsi hari ni, anda boleh bertanyakan kepada ustaz atau ustazah ataupun cari di Google. Sekian terima kasih.
Semoga ilmunya bermanfaat. In sha Allah :)

Older Post | Newer Post


Dashboard | Follow